Kisah Mantan Petinju Jadi Ustad Di Jerman

Kisah Mantan Petinju Jadi Ustad Di Jerman
Pierre Vogel (Abu Hamza)

Berlin -- Salah seorang wartawan bertanya kepada seorang mantan petinju yang dikenal sebagai penceramah terkemuka di Jerman dia adalah Pierre Vogel atau nama islam nya Abu Hamza. wartawan tersebut bertanya tentang kaitan antara keganasan dan Islam, beliau dengan lantang menjawab :


" Siapa yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ? adakah orang islam?

Siapa yang mencetuskan Perang Dunia kedua? Adakah orang islam ?

Siapa pula yang telah membunuh 20 juta nyawa suku kaum Aborigine Australia?! Adakah orang Islam ?

Siapakah yang menghantar bom untuk menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki ? Adakah
orang Islam ?

Siapa pula yang membunuh lebih 100 juta orang Indian Amerika Utara ? adakah orang Islam ?

Dan siapa yang membunuh 50 juta orang Indian di Selatan Amerika ? Adakah orang Islam ?

siapa pula yang menjadikan seramai 180 juta orang-orang Afrika sebagai hamba dan 88% dari hamba-hamba itu mati di buang di lautan Atlantik !! adakah orang islam yang melakukan nya ??

TIDAK ADA DI ANTARA KALANGAN PELAKU-PELAKU ITU ADALAH ORANG-ORANG ISLAM !!

Oleh karena itu anda hendaklah membuat 2 kali pertimbangan, dan anda akan tahu dan mengerti siapakah yang sebenarnya yang pantas disebut TERRORISME !''

Pierre Vogel di lahirkan pada 20 Julai 1978 di Frechen. dia merupakan seorang ustad, pendakwah dan merupakan mantan peninju professional.

Pierre Vogel memeluk islam pada tahun 2001 dan menukar nama nya menjadi Abu Hamza dan setelah memeluk islam, beliau mempelajari agama islam, ilmu Al Quran dan bahasa Arab di sebuah Institusi Pengajian Islam Swasta terkemuka di Mekah.

Sekembali nya beliau ke Jerman pada tahun 2006, beliau mengajar dan menjadi seorang guru agama di masjid Al-Nur-Moschee (mosque) Neukölln, di jemput berceramah di kuliah-kuliah Universitas bahkan beliau juga berdakwah kepada penganut agama lain.

Pierre Vogel menikah dengan seorang wanita dari Maghribi dan memiliki tiga orang anak. Sepanjang perjalanan beliau berdakwah, terlalu banyak kecaman, ancaman, fitnah, kritikan dan berbagai hinaan yang di terima oleh beliau karena kelantangan bersuara membela umat islam dan dakwah beliau, namun Pierre Vogel masih aktif berdakwah dan tidak pernah berputus asa.
Kisah Mantan Petinju Jadi Ustad Di Jerman Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Zone Aceh

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Terimakasih Atas Komentar Anda